ustazah2

Monday 26 November 2012

Resepi seharian ku





MINUMAN AIR PENGAGA
Setiap tumbuhan yang dicipta di muka bumi ini sememangnya mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaannya. Cuma kadang-kadang, kita saja yang tidak menyedarinya. Salah satu daripadanya daun pegaga.

khasiatbnya:

1. ubat darah tinggi.
2.menghilangkan bintik hitam di bahagian muka.
3.kencing manis.
4. mengecutkan peranakan
5.awet muda insyAllah

p.s: Hari ni memang saya tidak menyediakan sebarang petua khusus, tetapi sekadar berkongsi khasiat daun pegaga sahaja. Harap maklum. ♥

1.daun pengaga
2.buah tembikai








NASI LEMAK IBU KU



bahan-bahan memasak nasi:



5 cawan beras di basuh bersih
8 cawan santan
2 ulas bawang merah
2 batang serai
1' halia
sedikit halba
daun limau
sedikit garam 
dan jerang nasi macam biasa.


sambal tumis.

lada kering
lengkuas
serai
bawang putih
bawang merah
belacan
ikan bilis
garam
kesemua di kisar dan di masak.

bahan hiasan:

kacang goreng
ikan bilis goreng
timun
telur rebus.


selamat mencuba.









Kek durian

Bahan-bahan ( saiz kek (20cm) )

  • 325g mentega 7 biji telur 2 gelas tepung 1 gelas isi durian 1/4 tin kecil susu manis Baking powder

Cara-cara

  1. Pukul mentega dengan telur sampai rata. Kemudian masukkan tepung sikit², isi durian, susu manis and baking powder. Bakar pada suhu 180 °C selama 30-45 min atau sehingga permukaan kek jadi coklat.



tepung pelita


Bahan-bahan ( 15-20 kelonsong daun pisang )

  • daun pisang secukup nya
  • bahagian bawah
  • 1 cawan tepung beras
  • 3/4 gula pasir
  • pewarna hijau atau perasa pandan
  • bahagian atas pula
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 1/2 kotak santan
  • garam sedikit
  • Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara

  1. untuk buat kelonsong daun pisang,mula2 saya belajar kena buat saiz kotak kecil agak2 mcm kita selalu makan kuih tepung pelita untuk saiz dia supaya x lari jadi bnyk saiz.contoh ambil saiz tapak kotak santan yg kita nak buat kuih tu.
  2. lepastu ambil daun pisang dan layurkan di atas dapur supaya jadi lembut.lepastu koyakkan daun pisang mengikut kelebaran saiz yang kita nak buat mengikut saiz kotak tadi.
  3. ambil daun pisang yg telah dikoyak tadi,susun melintang dibawah tapak kotak dan lipat dulu arah lebar keatas dan barulah dibahagian sisi,tp dengan syarat sama rata bukan apa nanti kalau tak sama kotak kita akan jadi senget.tp anda tak perlu risau selepas daun pisang di buka bentuk acuan dia masih lg ada,dan lipatlah selepas itu staplekan atau lidikan kelonsong tersebut,mana2 lebihan yg terlebih tu guntingkan.dah siap
  4. untuk bahagian bawah pula,anda kena masukkan tepung beras dan air 3 cawan sukatannya sama dengan tepung tadi ,gula dan pewarna,kacau selalu sampai dia likat.lepastu tutup api dan masuk kan dalam kelonsong daun pisang setengah dari bekas kelonsong tu.
  5. ok,untuk bahagian bawah pulak anda kenalah masuk kan tepung dgn 3 cawan air juga,santan serta garam agak2 dlm 1 sudu kecil mcm tu mcm rasa lemak2 gitu.kacau sampai likat juga.setelah likat tutup api dan masukkan kedalam kelonsong....untuk pengetahuan anda sebelum masukkan bancuhan kedua yg warna putih tu,anda kena masukkan 1 sudu kecil gula kedalam bekas tersebut setelah itu barulah masukkan bancuhan kedua.
  6. contoh:lapisan bawah + gula + lapisan atas
  7. lepas siap isi semua kelonsong tersebut bolehlah anda masukkan kedalam peti dan selepas itu sedia di makan.





apam tepung gandum

Bahan-bahan ( loyang 10x10x3 inc. )

  • 4 1/4 cawan tepung gandum - diayak(akak guna 1/2 kilo)
  • 3/4 cawan gula hitam (akak guna gula perang dan gula pasir,dicampur)
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 peket yis serbuk - (cnth - Mauripan)
  • secubit garam (opt)
  • kelapa parut putih dikukus dgn sedikit garam dan daun pandan yg digunting kecil - utk mkn bersama apam

Cara-cara

  1. Loyang disapu minyak sekeliling.
  2.  Yis dibancuh bersama 1/2 cawan air dan ketepikan.Tepung,gula digaul rata di dalam sebuah mangkuk lalu masukkan campuran yis sambil dituangkan lebihan air dan kacau dengan hand whisk/senduk hingga adunan sebati,licin dan tak berbintil2.
  3.  Tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan adunan naik dua kali ganda,selama lebih kurang 45 min hingga 1 jam.
  4.  Panaskan kukusan dan kukus selama 30-40 min.Biar apam benar2 sejuk.
  5. Apabila kuih benar2 sejuk,bolehlah dipotong dan hidangkan bersama kelapa parut kukus.




Pudding tart



Bahan-bahan ( bekas muffin kecik dpt dlm 26bj )

  • Kulit tart:
  • 90g butter
  • 50g gula halus
  • 1bj kuning telur
  • 20g serbuk koko
  • 140g tepung gandum (ayak sekali dgn serbuk koko)
  • bhn utk puding:
  • 3bj telur (dipukul hancur)
  • 150ml fresh milk
  • 150ml fresh cream@whipping cream
  • 20g gula(kalo gn fresh milk yg manis, krgkn gula)
  • sedikit esen vanilla
  • NOTA: kalo nk buat kulit tart tanpa serbuk koko, tepung gandum tu jd 150g

Cara-cara

  1. utk kulit tart: pukul butter dgn gula sampai kembang, masukkn telur. Pukul lg. Kemudian masukkn bhn diayak dan gaul sampai rata.
  2. Img_0475
     bhn (1) dijdkn doh. Balut dgn plastik dan simpan dlm peti ais selama 15min.
  3. Img_0472
     sementara tu, sapukn bekas dgn butter, kemudian taburkn sedikit tepung. Letak dlm peti ais.
  4. Img_0476
     keluarkn doh. Cerai2 kn doh. Kemudian uli dgn tgn sampai jd doh balik.
  5. canaikn doh. Tekap dgn cutter ikut saiz bekas muffin. Kalo gn bekas tart, canai ikut saiz bekas dan potong bhgn yg berlebihan.
  6. Img_0477
     tekan pd bekas muffin dan buat lubang pd tgh2 bekas(gn garfu). masukkn dlm peti ais selama 1 jam.Slps 1 jam, keluarkn dan bkr pd suhu 200C selama 10 min
  7. buat puding: Panaskn susu dan gula dlm periuk. Jgn sampai mendidih. Masukkn dlm mangkuk.
  8. Img_0482
     Masukkn fresh cream, telur yg telah dipukul dan esen. Kacau sampai rata.
  9. Img_0483
     Sudukn puding dlm kulit tart yg siap dibakar td. Bakar pd suhu 180C selama 20 min.
  10. Keluarkn dr oven. Taburkn sedikit gula halus atas tat td. Bkr lg selama 10~15 min.
  11. NOTA: gula yg ditabur tu utk bg ade warne kecoklatan kt atas tat.




Ikan sambal cili api


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • ikan (ikut kesukaan) digoreng dahulu
  • cili padi segenggam*
  • bawang besar 2 biji*
  • bawang putih 2 ulas*
  • blender bahan yg bertanda *

Cara-cara

  1. tumis bahan yg diblender sehingga garing
  2. masukan garam, perasa dan sedikit gula
  3. tambahkan sedikit air jika hendak berkuah
  4. setelah cukup semua masukan ikan yg telah digoreng dan gaul rata
  5. sedia untuk dihidangkan
  6. SELAMAT MENCUBA!!!




Ikan Stim Halia & Garlic





Bahan-bahan ( 4 org mkn )

  • 1eko Ikan Siakap (ikan ikut suka)
  • 3 ulas bawang putih - cincang halus
  • 1 inci Halia - Hiris Halus
  • 3 biji cili padi - hiris (boleh tambah/ kurangkan)
  • 8 batang Cendawan
  • 1 biji Tomato - belah 6
  • 2 batang serai - Ketuk
  • 1 helai daun lipau purut - hiris halus
  • 3 sudu besar Sos Ikan
  • 2 sudu besar Worcestershire sauce (kite gune brand lea&perrin/Maggi)
  • 3 biji limau kasturi - ambil airnya sahaja
  • Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara

  1. Masukkan kesemua bahan kedalam pinggan besar/ bekas tahan panas
  2. Kukus selama 15minit / sehingga masak
  3. Hidang panas.. sedia untuk dimakan... Selamat Mencuba!






No comments:

Post a Comment