ustazah2

Monday 26 November 2012

Permata Hati Ku





                                    Permata hatiku

Kelahiranmu tanda ikatan kasih sayangku dengan si dia.
 Hadirmu membawa seribu satu ungkapan.
 Senyuman dan tawamu membawa kecerian
 dikala sunyi menyelebungi.
 Hembusan nafasmu mengingatkan aku untuk bersyukur.
 Pandangan matamu memberi seribu satu ungkapan
 yang bermakna dalam hatiku.
 Syukurku pada Ilahi atas anugerah yang tidak terhingga.





MUTIARA BUAT PERMATAKU
Wahai anak-anak ummi,
 jika ummi tiada,
 jadikan segala bahan dalam
 laman-laman ummi sebagai panduan 
untuk mendidik anak cucu kalian. 
Didiklah mereka menurut Al-Quran dan As-Sunah.
 Segalanya telah sempurna di dalam kedua-dua nya.
 Anak-anak ummi adalah permata hati ummi,
 kamu lah racun dan kamu jugalah penawar hati ummi, 
buah hati ummi.
 Kamu semua adalah anugerah Allah buat ummi






untuk permata hati ku


Dengar wahai anakku sayang
Cinta kepada Allah
Kasih kepada Rasulullah
Sayang ibu ayah

Dengar wahai anakku sayang
Jadi insan bertaqwa
Teguh iman di dalam jiwa
Dengan akhlak mulia
Cintailah Allah
Taat perintahnya
Jauhi semua larangannya
Kasih Rasulullah
Selawat keatasnya
Al Quran dan Sunnah panduan kita
Sayang ibu ayah taburkan baktimu
Rajin belajar menuntut ilmu
Wahai anakku sayang permata hatiku
Cinta kerana Allah yang Satu








"Hebatnya manusia yang apabila pagi bermula dia pun mula berharap hari itu dia dapat menolong orang lain yang memerlukan, menggembirakan orang lain yang sedih, melindungi orang lain yang lemah, menghormati orang lain yang berilmu, menyayangi orang lain tanpa syarat, lalu menebarkan salam kepada semua manusia muslim, sehingga semua yang ditemuninya akan senyum bahagia dengan kehadirannya.....MasyaAllah!!!!"










 Wahai anak muda....Kalian adalah milik ummah dan kepada ummahlah harus berbakti. Kalian adalahpembawa amanah, amanah itu amat berat, jangan sekali-kali ia dikhianati. Tenaga muda usah dipersia kerana ia tidak akan datang buat kali kedua. Kejarlah masa, usah menunggunya kerana masa itu sentiasa berlari dan tidak akan pernah menunggu kita











Gelaran mahasiswa bukan sebarang gelaran. Di dalamnya tersembunyi nilai akal yang tinggi dan nilai budi yang insani. Dengan akal yang tajam mereka dapat menilai menggunakan hikmah dan dengan lidah yang mahir mereka dapat berbicara bahasa ummah.




بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Saya sering mengatakan kepada anak2,
"Usah menyakiti orang lain kerana, di akhirat nanti perbuatan kita itu akan dituntut oleh mereka yang kita sakiti. Kita tidak akan masuk syurga selagi kita tidak medapat maaf dari orang itu. 
Tahanlah kemarahan kerana marah itu menyakitkan perasaan orang lain. Kita tidak tahu orang yang kita marahi itu mungkin orang yang dikasihi Allah. Menyakiti kekasih Allah itu buruk padahnya. 
Marah itu membawa kepada sifat sombong kerana apabila kita marah, kita merasa besar dan orang yang dimarahi merasa dirinya diperkecilkan. Sombong itu selendang Allah dan Allah membenci kalau kita memakai selendang itu. 
Biarlah orang lain dapat merasai nikmat kebaikan kita dan biarlah tiada sesiapa yang merasa sakit akibat dari keburukan dan kejahatan kita kecuali diri kita sendiri.
Usah takut membantu orang lain yang dalam kesusahan kerana Allah sudah menjanjikan ganjaran yang sangat besar untuk itu. 
Usah merasa rugi apabila memberi kerana nikmat yang bakal dikembalikan Allah pada orang yang pemurah itu tidak ternilai harganya. 
Jadikanlah diri kita seperti air sungai yang tenang. Ia mengalir lembut membawa seribu kebaikan kepada makhluk Allah yang lain. Kalau ada batu menghalang ia tetap terus mengalir mengelilingi batu dengan lembut tanpa mencederakan batu untuk menuju destinasinya. Airnya menghilangkan dahaga. 
Jangan jadi seperti air laut yang sentiasa ada pasang surut. Airnya tidak mampu menghilangkan dahaga. Bila tiba waktunya akan menjadi badai yang menakutkan."
Saya katakan kepada anak lelaki yang sedang menghitung hari menjadi lelaki bernama suami,
"Hormati wanita sebaiknya2. Jangan berkasar kerana wanita itu lembut dan kekasaran seorang suami itu amat menyakitkan. Jangan terlalu lembut kerana kelembutan yang keterlaluan tidak membantu meluruskan kehidupan seorang isteri. 
Bersykurlah dengan isteri yang mempunyai nilai agama dan kemanusiaan yang tinggi kerana itu adalah ciri yang diperlukan untuk menjadi ibu yang sempurna kepada bakal zuriat. Nilai agama tanda dia beriman, nilai kemanusian tanda ia pengasih. 
Kalau ibubapanya selama ini menciptakan kelembutan untuknya, jangan kita menukarnya dengan kekasaran. Ia amat menyakitkan dan tiada apa untung yang kita dapat selain penyesalan apabila sudah menjejaskan rumahtangga dan pada masa itu segalanya sudah terlambat." 
Hiduplah dengan sederhana kerana sifat bersederhana itu adalah asas kebahagian.
Letakkan diri kita dalam genggaman Allah kerana kita tidak akan mampu merasa selamat apabila terlepas dari genggaman suci itu."
Lembutkan hati dengan
1. zikir alma'thurat
2. solat sunat
3. puasa sunat
4. sedekah
5. mengusap kepala anak yatim
6. Melihat orang yang kekurangan
Pandanglah dalam-dalam ke dalam diri,

Layakkah kita berkasar sedangkan kita dicipta oleh Yang Maha Lemah Lembut.
Layakkah kita pemarah sedangkan seharian kita memohon kepada Yang Maha Pengasih
Layakkah kita tidak memberi kepada yang memerlukan sedangkan hidup kita bergantung kepada Yang Maha Pemurah.
Mampukah kita terus melakukan dosa sedangkan Allah tidak pernah melepaskan pandanganNya dari kita.


1 comment:

  1. assalam..ketahui punca anak kurang selera makan dan cara menanganninya..jom singgah blog saya http://myladangvitamin.blogspot.com/search/label/SET%20KANAK-KANAK%20SIHAT%20CERGAS

    ReplyDelete