ustazah2

Monday 26 November 2012

Duduk Antara Dua Sujud Ketika Solat | Tahukah kita maksud doa yang kita ucapkan itu?






Besarnya Makna Doa Yang Kita Lupakan
Dalam tidak sedar setiap hari kita memohon didalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami… sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..
Marilah kita mula menghayati doa ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.
1) Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
2) Warhamni (sayangi aku)
3) Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
4) Warfa’nii (angkatlah darjatku)
5) Warzuqnii (berilah aku rezeki)
6) Wahdinii (berilah aku petunjuk)
7) Wa’Aafinii (sihatkan aku)
8. Wa’fuannii (maafkan aku)
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita mungkin hanya baca sambil lewa sahaja. Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu. Jadi sekarang setelah anda tahu maksud yang anda ungkapkan itu maka hafalkan maksudnya dan ungkapkanlah di dalam solat anda dengan sepenuh hati dan pengharapan
.Anak-anak ummi,

Cuba perhatikan maksud bacaan doa di atas.Itulah maksud doa yang kita pohon dalam solat ketika kita   duduk antara dua sujud.Subhanallah,sedar atau tidak anak-anakku,sungguh besar permohonan itu.Ada 8 perkara yang kita pohon dalam doa itu.Harapan ummi,anak-anak ummi berusaha untuk meneliti setiap maknanya dan hafal.Kenapa??

Kerana anak-anakku berdoa dengan faham apa makna doa itu akan menjadikan kamu lebih khusyuk dan lebih bersungguh untuk memintanya dari Allah.Sehingga adakalanya dengan penuh pengharapan  kita memohonnya dari Allah boleh membuatkan air matamu itu  mengalir.

Ummi sewaktu kecil juga seperti kamu anak-anakku.Tidak ambil kisahpun apa maksud doa itu, hanya sekadar membacanya.Tidak tahupun apa yang ummi pohon.Namun keimanan kita ini sewajarnya meningkat seiring dengan peningkatan usia .Kalau dulu  ketika kecil kamu tidak ambil tahu,maka sewajarnya sekarang ini kamu berusaha untuk tahu apa sahaja maksud bacaan yang kamu baca ketika
solat bermula dari takbiratul ihram hinggalah memberi salam.

Ingat anak-anakku,

Solat tiang agama.Solat benteng pertahanan yang sangat ampuh untuk mengelakkan diri kita dari terjerumus ke lembah dosa.Tidak solat itu bermakna kita tidak mempunyai benteng langsung untuk mempertahankan diri dari musuh kita yang nyata iaitu NAFSU dan SYAITAN.


Permata hatiku,

Solat yang didirikan sambil lewa pula  menyebabkan benteng yang kita cuba bina  atau bangunkan itu hanyalah umpama kayu-kayu yang reput dimakan anai-anai.Langsung tidak kukuh,yang nanti dengan mudah dan senangnya akan rebah,jatuh tersungkur menyembah ke bumi.Maka jadilah solat itu hanya sia-sia tidak memberikan sebarang manfaat buat pelakunya.

Justeru anakku,mari kita perbaiki dan tingkatkan mutu solat kita hari demi hari.Bukan sama  sahaja seperti semalam.Sebagaimana yang ummi tekankan di atas tadi Mutu solat kita dan keimanan kita mesti seiring dengan peningkatan usia.

Teruskan beramal anak-anakku.


No comments:

Post a Comment