ustazah2

Saturday 12 January 2013

Talam Kaya Labu










Bahan-bahan ( Loyang 9" empat segi )

  • Bahan Lapisan Labu
  • 500gm isi labu (dikukus dan dilecek)
  • 70gm tepung jagung
  • 60gm tepung sago
  • 200ml santan pekat KARA
  • 200ml air
  • 220gm gula halus
  • 350gm telur (optional)
  • 2 helai daun pandan
  • Bahan Lapisan Putih
  • 90gm tepung beras
  • 100gm tepung ubi
  • 400ml santan pekat KARA
  • 170gm gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 400ml air
  • 2 helai daun pandan

Cara-cara

  1. Lapisan Labu : Satukan bahan untuk lapisan labu, gaul rata dan kisar sekejap dalam pengisar dan tapis.
  2. Tuang adunan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap sahaja. Keluarkan daun pandan.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Tuangkan 1/2 adunan ke dalam loyang yang telah dileser sedikit minyak dan kukus selama 10 minit.
  4. Lapisan Putih : sementara itu, satukan bahan lapisan putih, gaul rata dan tapis.
  5. Tuang adunan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap. Keluarkan daun pandan. Bahagian adunan kepada 2 bahagian. Tuangkan 1/2 adunan ke atas lapisan labu yang dikukus tadi. Kukus selama 5 minit.
  6. Ulangi proses melapis hingga habis. Untuk lapisan terakhir, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit.
  7. Sejukkan dahulu sebelum dipotong
  8. kali ni kak wan tak masukkan telur. jika suka boleh masukkan.

No comments:

Post a Comment